Monday, April 20, 2009

slogan Feb- Jun 2009..smart, clean, simple

kita mulakan 6 bulan pertama ini dengan cogan kata
smart
-semua kerja wajib kita buat dengan smart, pakaian smart, maklumat kita berikan dengan pendekatan yang smart
clean
-clean membawa maksud, apa saja urusan kita tidak tertangguh dan clean dari tunggakan kerja dan defisit pembelajaran
simple
-jangan memeningkan kepala. sederhana dan simple dalam menguruskan emosi, pemikiran dan task kita

Saturday, April 18, 2009

ucapan pertama

Assalammmualaikum dan salam sejahtera

Semoga warga skka dalam kebahgiaan dan dirahmati Allah.

Alhamdulillah, dengan limpah rahmat dan izinNya, saya di tetapkan olehNya memikul tugas dan amanah membawa 'A' utk diletakkan dihadapan perkataan 'aur' agar ialah menjadi perkataan 'Aura'.

SK Kg Aur perlu ada aura yang tersendiri dan auranya ialah aura kecemerlangan dalam semua aspek. 8 area sekolah perlu menerbitkan auranya secara kolektif, koloboratif, partisipatif dan ownership. Kita bergerak sederap, kita melangkah seiring dan kita saling abngtu membantu menutup kelemahan dan menjada kekuatan organisasi kita untuk menerbitkan aura itu.

Kita mulakan langkah kecemerlangan dengan menghilangkan rasa kejengkelan sesama kita, kita atasi kelemahan dengan memanipulasi semua kekuatan kita. Percayalah, insya Allah...jika niat kita betul, jika sanggup bertolakansur dan bantu membantu...tidak mustahil kita dapat menggamit bintang dilangit. Bintang yang bernama bintang kecemerlangan.

Untuk tahun 2009. Sharing kita cukup mudah. Pertama semua partitation mesti memegang konsep ..easy to access..permudahkan capaian maklumat, capaian kerjasama, proses penyampaian. Mudah dan berkesan. Kita mulakan dengan prasarana maklumat dan kita lakukan dengan sistematik. Bila asas kita kukuh dan kita happy...langkah seterusnya akan jadi mudah.

Akhir kata..bantulah saya dan sokonglah saya...kerana tanpa guru dan staf semua...SKKA menjadi hampa dan tidak bermakna...saya bekerja bukan kerana nama, saya datang bukan nak menyusahkan sesiapa...cuma saya datang sekadar membantu SKKA mencapai kemanisan kecemerlangan...cemerlang dengan gaya kita sendiri dan Visi SKKA mulai kedatangan saya..ialah PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA.

Friday, April 17, 2009

Guru Besar


NAMA YUSOF BIN MOHAMAD
JAWATAN GURU BESAR

UMUR:
48 Tahun
18 Jun 1961

KELAYAKAN
Akademik:
Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan dengan Kepujian
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjung Malim,
Perak

Iktisas
Sijil Perguruan Malaysia
Sijil Kelayakan Kepengetuaan Kebangsaan
Diploma Perguruan Malaysia
Diploma Kepimpinan Pendidikan Malaysia

PENGALAMAN:
Guru akademik
SMK JENGKA 18, TEMERLOH, PAHANG
SMK KERATONG, PEKAN, PAHANG
SMK ABDUL JALIL, HULU LANGAT,SELANGOR
SMK TANJUNG GEMOK, KUALA ROMPIN, PAHANG

Guru Penolong Kanan
SK BANDAR TUN RAZAK
SK TANJUNG GEMOK
SK PONTIAN

Penyelia PPD
PENYELIA SUKAN
PENYELIA HEM
PENYELIA ICT

Guru Besar
SK JUARA, TIOMAN
SK KAMPUNG AUR

PENGALAMAN MASA LALU

Peringkat Daerah
fasilitator/ JK Daerah/ Jurulatih Utama
PMR [ SAINS]
UPSR[ ANA;ISIS PEPERIKSAAN ]
JU ICT
JU ASET
' flying squad' PPD Rompin
JK PEMANTAUAN DAERAH
JK SIASATAN DAERAH [ ICT]
FASILITATOR DAERAH UTK LADAP

Peringkat Negeri
GURU PENGIRING SKETSA SAINS KEBANGSAAN
JURU LATIH SKETSA SAINS NEGERI
JU KONFIGURASI MAKMAL NEGERI
SU KARNIVAL PPDa NEGERI 2002
FASILITATOR NEGERI UTK LADAP


PENGHASILAN
Daerah/Negeri/Kebangsaan
SKRIP SKETSA SAINS KEBANGSAAN- sidang kapsul
SKRIP SKETSA SAINS KEBANGSAAN- hati emas
KAJIAN AMALAN TERBAIK SWASTA UTK PENDIDIKAN- 2007
PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM SK-2007
KAJIAN TINDAKAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR-2008

ANUGERAH
Anugerah Khidmat Cemerlang 1999

MOTTO
PANTANG MENYERAH KALAH

KEGEMARAN
Menambah ilmu pengetahuan
Berkarya dan berkreatif serta berinovasi

SUMBANGAN MASYARAKAT
Ahli RELA
Ahli PIBG SK Rompin
Ahli PIBG SMK Tanjung Gemok
Ahli Koperasi Guru Pahang Timur

kisahnya bermula

18 april 2009

bermulalah sebuah kisah. hari ini lahirlah sebuah blog yang biasa biasa. mewarnakan lagi kemeriahan dan citra sk kg aur. selain website skka yang bersifat rasmi, blog ini lebih bersifat santai dan simple.

blog ini direka untuk staf berkongsi idea dan mempromosi projek dan harapan. bukan saja staf malah semua warga yang berkepentingan. ruang untuk admin umumkan dengan mudah dan murah untuk semua pihak secara maya dan pantas. pentas untuk mudah mengakses web site yang sesuai dan penting.

pendek kata blog ini menepati peribahasa..bagaikan aur dengan tebing..dalam menjelmakan aura sk kampung aur...yang kita sayangi

sekian
selamat berblog...happy blogging
pada semua, tidak kira dimana anda berada..